355am02042012.

pernah jatuh cinta kembali selepas lama terkurung dalam selimut atau reban ayam? pernah? sekarang turn aku. setelah lama aku simpan hati aku kat tepi katil. setelah lama aku biarkan hati aku duduk diam termenung muram. setelah sekian lama aku tak melihat hati aku senyum, hari ini aku melihat dia kembali happy. dan aku pun happy. sangat. bilik aku yang sebelum ini suram tak berkaler melainkan hanya ada kaler hitam, kelabu dan putih, kini kembali bercahaya. kembali bewarna-warni. aku suka. buat masa sekarang, aku rahsiakan dulu tentang wanita ini. aku nak biar ia kekal misteri buat saat ini dan secara perlahan aku akan timbulkan ia. aku sudah jumpa perempuan yang boleh guide aku. aku pasti. dia orang yang tepat untuk aku bak kata tuhan. dan tuhan, terima kasih atas pemberianmu yang kali ini.

terima kasih.

3 comments:

Nurul Tischka said...

ai iz jelly jidin ahmad dah ada gf . jelly much . sila carikkan jodoh satu untuk saya . ekekeke

Jiwa Perempuan Gila said...

congratulation ^^,

nina said...

Tahniah, semoga dia guide kau seperti yg kau minta.